Wany Hasrita baharu sahaja melancarkan klip video single terbarunya, Terlalu Memuja di YouTube Jumaat lalu.

Menurut Wany yang ditemui HLive! lagu Terlalu Memuja sangat dekat dengan hatinya.

"Ketika proses rakaman lagu ini, berjurai-jurai juga air mata Wany dalam studio.

"Apatah lagi selepas itu bermacam dugaan yang diterima dalam proses membuat video klip lagu ini," kata Wany yang ditemui HLive!

Menurut Wany, perancangan awalnya klip video tersebut dibuat di Santorini, Greece. Malah menurutnya semua sudah dilakukan, ke Santorini, membuat penggambaran dan segalanya.

"Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, kita terpaksa 'let it go. Kita tak dapat nak release.

Tidak dapat berkongsi kenapa pertukaran itu berlaku, Wany juga memberitahu ianya merupakan dugaan awal tahun 2019 yang paling besar buat dirinya.

"Dugaan yang membuat saya breakdown juga daripada peristiwa ini.

"Tapi kita buat video baru menggunakan pihak produksi yang sama," terang Wany lagi.

Menurut Wany, rakaman klip video kali kedua dilakukan di Pulau Jeju, Korea Selatan. Klip video tersebut sudah pun keluar Jumaat lalu di YouTube.

Untuk berita hiburan yang padat dan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).