HIBURAN

Kmy Kmo Mohon Doa, Sebak Anak Diuji Penyakit Sejak Bayi - “Doakan Keputusan Sampel Cecair Tulang Belakang Jabbar Negatif Dari Segala Kuman…”

Mya Amri 04/07/2025 | 00:56 MYT
Penyanyi rap, Kmy Kmo meluahkan rasa sebak apabila terkenang anaknya, Abdul Jabbar Rakeem yang diuji dengan penyakit kronik walaupun usianya masih kecil.

Diuji dengan penyakit sejak bayi


Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Kmy memaklumkan anaknya Jabbar telah mengalami masalah buah pinggang bengkak sejak bayi.

Bagaimanapun kata Kmy, sebagai seorang bapa, dia tidak pernah berhenti berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.

“Tanya lah sesiapa pun, setiap apa yang awak nak pasti papi usahakan. Biarpun kadang dunia tak menyebelahi, tapi papi tetap berhempas kudrat merata hala demi mewarnai zaman kanak-kanak kamu dan adik kamu.

“Abdul Jabbar Rakeem, kamu adalah ‘hamba’ kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa.
#Anak #Sakit #hospital #Buah Pinggang #Kmy Kmo #Jabbar