Astro tidak pernah menghampakan para penonton dengan sajian kisah yang beragam. Daripada filem kepada drama sehingga program realiti, semuanya dihidangkan mengikut citarasa.

Begitu juga dengan rangkuman program sukan yang sentiasa membuat adrenalin penonton berdetak laju.

Sedar penonton sentiasa mahukan sesuatu yang lebih dalam setiap program, Astro Ria tampil dengan 15 kisah inspirasi yang diambil dari perjalanan dan karier pesohor sukan dunia.

Dengan kempen SPORTING ICONS – Know The Name Behind The Game, pelbagai kisah penuh inspirasi akan menemani anda bermula 1 Julai sehingga 30 September mendatang.

Saksikan dokumentari mengenai pesohor dunia golf, Tiger melalui Tiger 1 & Tiger 2 yang turut ditayangkan di HBO Go.

Jangan terlepas juga What's My Name: Muhammad Ali 1 & 2 untuk mengetahui jatuh bangun perjalanan hidup dan karier atlet tersohor ini dalam dunia tinju.

Tidak ketinggalan, Our Hero Datuk Lee Chong Wei akan membongkar kisah pesohor kebanggan negara yang mengharumkan nama Malaysia ke seluruh dunia. Beliau juga bercerita mengenai perjalanan karier sehingga keputusannya untuk bersara.

Menerusi dokumentari Kisah Kami Luar Biasa pula, ia mengangkat kisah perjalanan di sebalik kejayaan wira-wira luar biasa negara di pentas Paralimpik Rio 2016. Ikuti kisah eksklusif perjuangan mereka yang tidak pernah diuar-uarkan sebelum ini.

Dan buat peminat bola sepak, jangan terlepas menyaksikan dokumentari National Icons yang memaparkan kisah Messi dan Maradona, dua ikon bola sepak yang cukup berpengaruh mewakili Argentina dalam era berbeza.

Selain itu Football Stars pula akan memberi penonton 'persembahan hidup' Maradona yang penuh skandal.

Jadi jangan terlepas menyaksikan program program hebat ini secara percuma oleh semua pelanggan Astro sempena sambutan ulang tahun ke 25 dan musim 'sukan' ini. Anda juga boleh menyaksikannya melalui Astro GO.