Lain yang ditulis, lain yang difaham! Itu yang terjadi kepada penyanyi muda Iman Troye yang namanya menjadi sohor kini di Twitter.

Sejak malam tadi kecoh apabila komen Iman di sebuah akaun Instagram portal hiburan tempatan berkenaan artis k-pop Jaehyun NCT disalah ertikan segelintir pengguna.

Menerusi posting awalnya, portal berkenaan berkongsi rahsia kulit putih mulus Jaehyun berdasarkan pandangan pakar kulit.

Namun, ada yang beranggapan artis k-pop tidak ditumbuhi jerawat pada wajah mereka disebabkan melakukan pembedahan plastik.

Justeru, komen Iman pada posting berkenaan berbunyi; "Ko ingat plastik surgery takkan tumbuh jerawat ke? Ya Allah."



Komen itu bagaimanapun dianggap peminat fanatik k-pop sebagai satu tindakan mempersendakan dan memfitnah bintang kesayangan mereka.

Bagaimanapun, Iman tampil menjelaskan kekeliruan selepas komen terbabit heboh diperkatakan ramai dan namanya turut dikecam hebat.

Kata pelantun lagu Teman itu, dia sebenarnya cuba mempertahankan artis k-pop yang menjadi idolanya namun mengakui ayat yang ditulisnya telah menimbulkan kekeliruan pembaca lain.

"Saya cuba back up sebab saya sendiri minat k-pop. I tak cakap pun diorang buat plastic surgery.

"Plastic surgery still akan tumbuh jerawat. So means diorang tak buat plastic surgery lah. Allahuakhbar.

"Ya i minat NCT, I comment macam tu sebab I try untuk backup but maybe u guys salah baca," jelasnya.



Justeru Iman turut memohon maaf ekoran salah faham yang timbul hingga turut menjadi bualan hangat peminat NCT luar negara.

"Sumpah I mintak maaf kalau korang terasa ke apa. Memang takda niat and tak terdetik pun nak buat u guys kecil hati.

"I know I tak cantik, suara tak seperti yang korang mahukan, annoyed and all. But sumpah demi Allah I nak back up them.

"I’m sorry again. Ni bulan puasa, I takkan menipu dengan apa yang I nak sampaikan... dengan nama Allah, niat I nak backup.

"I’m sorry again to nctzens and also NCT members. Saya akan diam je after this. Thanks," tambah Iman lagi.



Pada masa sama, nama Iman terus menjadi bahan kutukan netizen di media sosial.

"Korang boleh terus tegur dan marah Iman. Memang salah Iman sebab buat semua salah faham! I'm sorry again! I'm really really sorry! My bad!

"I'm not being childish but some of them cakap 'Kenapalah I lahir kat bumi ni', 'hope kau mati', 'harap sangat kau muntah darah ada paku'. I'm sorry again everyone.

"Harap ini membantu. Orang komen: flawless sebab buat plastic surgery.

"Iman (defend Jaehyun): ingat orang plastik surgery tak tumbuh jerawat ke? Orang plastik surgery pun boleh tumbuh jerawatlah. Jadi apa buktik kau nak cakap Jaehyun buat plastic surgery," jelas Iman serius.