Selepas tampil dengan empat single, penyanyi rap yang sedang meningkat naik, Aman RA muncul dengan 'Berada'.

Lagu ini merupakan single kelima Aman selepas pelancaran single Yedowh, Tabah, Malu Tanya Sesat dan Bangun yang terkandung di dalam album sulungnya Rebel yang telah di keluarkan pada bulan Ogos 2018..

Lagu yang menggabungkan tiga rakan artis iaitu Altimet, Noh Salleh dan Aman ini mencerminkan perjalanan hidup mereka.

Menerusi latar belakang yang agak berlainan, mereka menempuhi cabaran tersendiri dan setiap kenangan yang mereka lalui diterima dengan hati terbuka dan penuh rasa bersyukur.

Lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan “wordplay” perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).

Video muzik rasmi yang di terbitkan pada Jun lalu itu telah sedikit sebanyak mengimbas kembali cabaran hidup yang mereka telah lalui dan kasih sayang dan dorongan yang telah di terima oleh Tuhan, kaum keluarga dan rakan-rakan.

Lagu Berada dicipta oleh Navigator dan liriknya pula hasil nukilan Altimet, Noh Salleh dan Aman sendiri.

Mari kita saksikan muzik video Berada:


Foto: Harian Metro