,
Hiburan

Kolaborasi Dengan Artis Lebih Popular, Lawa Nie Geng Tak Kisah

Ahmad Shah
14/03/2016
05:17 MYT

Kumpulan rap Lawa Nie Geng, tidak kisah sekiranya ditenggelami oleh populariti artis yang berkolaborasi dengan mereka.

Menurut Lawa Nie Geng yang dianggotai oleh Muariffah dan Alabbas, asalkan mereka dapat berkongsi idea dan mengembangkan karier muzik tanpa batasan sudah cukup baik.

“Tiada masalah sekiranya artis yang berkolaborasi dengan kami lebih dikenali atau ‘overshadow’ Lawa Nie Geng sebab sekurang-kurangnya peminat mereka turut tahu kewujudan kami.

“Pendapat kami, bila Lawa Nie Geng dapat kolaborasi dengan artis lain kita sama-sama dapat mengembangkan karier muzik,” kata Lawa Nie Geng kepada Astro Gempak.

Lawa Nie Geng ditemui ketika majlis pelancaran album pertama mereka berjudul ‘Lawa’ di Pusat Karaoke Redbox The Gardens, Kuala Lumpur.

Lawa Nie Geng juga tidak berkecil hati dan merasa kecewa sekiranya kurang menonjol berbanding artis yang berkolaborasi dengan mereka.

“Tiada masalah jika mereka lebih banyak dapat perhatian peminat sebab kami sebenarnya rasa seronok untuk berkolaborasi dengan mana-mana artis. Kebanyakan featuring dalam album ‘Lawa’ kami tidak pilih sendiri, ianya dah ditetapkan oleh DJ Fuzz,” kata Lawa Nie Geng.

Tambah mereka lagi ianya satu cabaran besar buat mereka untuk bekerjasama dengan artis yang mempunyai latarbelakang muzik yang berbeza.

Dalam pada itu, Lawa Nie Geng mempunyai alasan sendiri mengapa mereka berani tampil dengan sebuah album walaupun menyedari penjualan yang kurang memberangsangkan.

“Kami mahu kongsi muzik dengan mereka diluar sana dan sebagai ‘buah tangan’ untuk diri kami sendiri sekiranya satu hari nanti kami tidak lagi berkecimpung dengan industri muzik tanah air.

“Soal risiko terjual atau tidak album ini kami dah lama fikir dan bersedia. Memang kami akui penjualan album agak perlahan dan susah, tetapi Lawa Nie Geng percaya dengan ‘Luck’,” jelas mereka mengakhiri perbualan.

Antara lagu yang terkandung dalam album ‘Lawa’ ialah Kita Punya, Siapa Aku dan Tidak Adil. Lawa Nie Geng turut memuatkan lagu duet dengan beberapa artis tanah air seperti Raja Ema dengan lagu’Aku Keliru’ dan ‘Hilangmu Bernganti’ bersama Vince.

Teks Oleh: Khalid Rahman

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aktif Dalam Dunia Muzik, Fimie Don Takkan Tinggalkan Lakonan - “Saya Juga Mencari Sesuap Nasi Menerusi…”

gempak
05/11/2024
05:55 MYT
Mahu mengimbangkan dua bidang yang diceburi, pelakon siri From Saga With Love itu bagaimanapun berkata lakonan menjadi fokus utama memandangkan ia merupakan punca rezekinya.
Hiburan

Faizal Tahir Bakal Kembali Dengan Album Baharu, Beri Sentuhan Berbeza Untuk Peminat - " Satu Album Yang Agak Lain Dari Kebiasaan "

gempak
03/11/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Faizal Tahir berkongsi dia bakal melancarkan album terbaharunya selepas tiga tahun tidak menghasilkan album penuh.
Hiburan

Aina Abdul Lengkapkan IMAJI dengan Versi Deluxe, Tambah Tiga Lagu Baru

gempak
25/10/2024
14:25 MYT
Pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu, menyatakan  sebagai seorang penyanyi dia juga menyimpan hasrat seperti penyanyi lain untuk memiliki album tersebut.
Hiburan

Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!

gempak
13/10/2024
18:29 MYT
Penyanyi terkenal, Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan album solo pertama berjudul ‘Amir Masdi’ tahun lalu habis terjual dengan tiga kali cetakan.
Hiburan

Trio KRU Muncul Kembali dengan Album Kaset - “Kami Pun Rindu Nak Nyanyi Bersama-Sama”

gempak
10/10/2024
14:55 MYT
Rasa rindu peminat kepada kumpulan trio adik-beradik terkenal KRU bakal terubat apabila mereka bakal muncul kembali dengan single terbaru berjudul Kaset, yang akan dilancarkan pada November ini.
Unitar