Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Buat Netizen Kagum - “Memang Kaya Sungguh…”

Umirah Halim
08/10/2024 23:55 MYT
Pelakon jelita, Nur Fazura sering menyorot perhatian dengan koleksi beg tangan daripada jenama mewah yang dimilikinya.

Beg tangan Fazura

Terbaharu, penampilan pelakon Gol dan Gincu ketika hadir di mahkahmah sambil mengenggam beg tangan jenama mewah, Hermes Kelly saiz 28 yang dianggarkan berharga RM50,000 itu berjaya mendapat perhatian ramai.

Malah, menerusi tinjauan Gempak di media sosial, ramai netizen yang tertarik untuk membincangkan mengenai koleksi beg Fazura.

“Bukan senang nak beli dari butik Hermes melainkan dia VIP yang ada sejarah pembelian. Kalau beli dari reseller naik RM80,000 ke atas. RM80,000 tu gaji lebih 3-4 tahun utk B40.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Dedah Fattah Berlaku Curang, Terkilan Pengorbanan Dipersiakan - “Bertahun-Tahun Saya Hidup Sengsara”

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN:Setahun Menyepi, Hantaran Fazura Di X Bikin Netizen Kecoh - “Hint Ke Ni?”


ARTIKEL BERKAITAN:"Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday

ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

“Beg tangan Hermes Fazura pun berharga lebih RM60,000.

“Satu beg dia dah boleh angkat kereta untuk rakyat marhaen macam kita ni.

“Hari tu nampak dia bawa Birkin Crocs RM160,000.

“Itu pink. Semalam nampak dia bawa warna cream, sebelum ni ada nampak warna brown. Fuh.

“Wah banyak sungguh tas tangan dia, ingatkan satu sahaja. Memang kaya sungguh,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, usahawan yang terkenal dengan jualan ‘preloved’ beg tangan mewah dan berjenama, Mirzan Johor mendedahkan harga beg tangan Hermes yang dimiliki Fazura boleh mencecah RM60,000 ke RM80,000.

Malah, warna beg tangan tersebut juga sukar untuk diperolehi selain harganya yang mahal melainkan pembelinya memiliki profil yang baik.

Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

#Fazura #Netizen #Beg Tangan #Hermes #Mewah
;