Gaya Hidup
Koleksi SLAY-SA Raya 2025 Shawlpublika X Seth & Luna Tawar Harga Mampu Milik - “Kalau Mahal Orang Boleh Beli Sepasang...”
Dua jenama pakaian tempatan, Shawlpublika x Seth & Luna berkolaborasi dalam penghasilan busana raya yang diberi nama, SLAY-SA RAYA 2025 yang turut menawarkan harga mampu milik.
Tawar harga mampu milik
Menurut pengasas utama Shawlpublika, Nur Hidayu Zorkafli memilih untuk menawarkan harga yang berpatutan agar semua lapisan masyarakat dapat memiliki koleksi tersebut.
“Kalau boleh kita nak semua lapisan masyarakat boleh pakai baju kita. Jadi, tak nak letak harga terlalu tinggi.
“Kita punya benchmark kali ini adalah harga berpatutan. Kalau mahal orang boleh beli sepasang sahaja kalau harga murah pelanggan boleh beli 2 pasang,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu mengulas mengenai rekaan koleksi ini, Irie Mohamad, berkongsi SethLuna berhasrat untuk mentakrifkan semula fesyen perayaan dengan menawarkan pakaian yang elegan dan mudah dipakai.
“Tahun lepas kami mengambil inspirasi daripada baju kurung untuk tahun ini kami mengambil inpirasi daripada baju kurung kedah kerana apabila bercakap mengenai keselesaan saya rasa baju kurung kedah merupakan pilihan yang tepat.
“Cuma saya tambah elemen draping untuk jadikan elegen. Jadi pemakai akan selesa dari pagi ke petang untuk beraya,” ujarnya.
Shawlpublika x Seth & Luna berkata demikian ketika majlis pelancaran baju raya yang diadakan di The Starhill, Kuala Lumpur, pada Selasa.
SLAY-SA telah dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari 2025, koleksi ini menjanjikan fesyen yang memukau, material berkualiti tinggi, dan keselesaan yang tiada tandingan.
Must-Watch Video