Viral

"Koma 5 Hari, Peluang Hidup 50-50" - Adam Hamid Kongsi Kisah Dijangkiti Kuman Paru-Paru

Amri Hassan
10/07/2018
07:57 MYT
Pelakon Adam Hamid Jarnail berkongsi kisah hidupnya yang pernah bertarung nyawa melawan jangkitan kuman dalam paru-paru setahun lalu.
Genap tarikh sama hari ini, Adam, 45, mendedahkan dia pernah dimaklumkan peluang untuk hidup amat tipis ekoran penyakit tersebut.
"Setahun yang lalu bertarikh pada hari ini, 9 Julai 2017 genap setahun saya dimasukkan ke Pusa Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana jangkitan kuman pada paru-paru.
"Koma selama 5 hari... Dan mengikut kata doktor peluang untuk saya hidup hanya 50-50, tetapi Alhamdulillah Allah lebih berkuasa di atas segala-galanya.
"Terima kasih Allah, memberi peluang buat hambamu ini kembali bernafas untuk kali kedua, mensyukuri segala nikmat untuk menjadi insan yang lebih baik dan untuk terus sujud kepada-Mu," tulis Adam.

Setahun yg lalu bertarikh pada hari ini, 9-7-2017 genap setahun saya dimasukkan ke ppum kerana jangkitan kuman pada paru paru Koma selama 5 hari... Dan Mengikut kata doktor peluang utk saya hidup hanya 50-50, tetapi Alhamdulillah Allah lebih berkuasa diatas segala galanya. Terima kasih Allah, Memberi peluang buat hambamu ini kembali bernafas untuk kali kedua, mensyukuri segala nikmat untuk menjadi insan yg lebih baik dan utk terus sujud kepada MU Alhamdulillah terima kasih Ma, Abah, Anakanda @haidzir41 , Along, Angah, Ucu, Kakak ipar kak Zura, kak Ana, Paksu, Maksu, adik ipar, Adik2/Anak2 saudara, Keluarga, Saudara mara di KL dan kg, Sahabat syurga @ferozmikhailkhanahj para Ustaz serta semua sahabat di alam maya yg telah mendoakan sy selama ini... Hanya kepada Allah saya bermohon untuk merahmati segala kebaikan kalian, Aminnnn #SyukurSentiasa #JanganPutusAsa #KuatkanSemangat #AyuhJadiHambaYangBaik #JagaIman #JagaAkhlak #JagaSolat #JagaAurat ?????

A post shared by Adam Hamid (@adamhamidjarnail) on

Pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu juga berkongsi foto-fotonya sepanjang menerima rawatan tahun lalu.
Selain itu, Adam turut memohon doa buat ibunya yang kini sedang dirawat di PPUM kerana paru-paru berair.
Untuk rekod, Adam yang berasal dari Kelantan itu pernah mengarahkan drama fantasi seperti Duyung Aridinata, Sumpah Bunian dan Julia Juli Bintang Tiga.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @adamhamidjarnail
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sathia Syukur Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar - “Belum Boleh Pandu Kereta, Kaki Kanan Tak Kuat Sepenuhnya”

gempak
25/07/2024
06:55 MYT
Pelawak veteran, Sathia bersyukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan angin ahmar ringan 16 Julai lalu.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.