“Koma, Paru-Paru Dalam Keadaan Teruk…” Nenek Positif COVID-19, Daler Yusuf Mohon Doa Peminat

Mya Amri
Ogos 5, 2020 07:32 MYT
Pelakon Daler Yusuf memohon orang ramai mendoakan keadaan neneknya yang berada dalam keadaan kritikal selepas disahkan positif COVID-19.
Daler memaklumkan berita itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya sebentar tadi.
Menurut Daler, doktor memaklumkan keadaan paru-paru neneknya kini berada dalam keadaan teruk.
“Assalamualaikum semua, nenek Daler positive COVID 19 and she is in a critical situation kat Uzbekistan.
“Dia currently dalam keadaan coma dan doktor cakap paru-paru dia dalam keadaan teruk. Daler tak tahu nak buat mcm mana. Tolong doakan untuk nenek saya please,” maklumnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga meluahkan rasa bimbang dan mendoakan keadaan nenek Daler.
“Allahuakbar... Syafakallah semoga nenek Daler diberi kesembuhan sebaiknya. Amiin,” tulis @norhayatimohdshariff
“Semoga Allah memberikan syifaq buat nenek @daleryusuf dan keajaiban untuk pulih dari COVID-19 walaupun pada usia sebegitu sangat tipis sekali... Semoga ada keajaibannya,” doa @officialsheshe
#Daler Yusuf #COVID-19