Kombinasi Sempurna Untuk Gaya Hidup Anda! Rugi Kalau Tak Cuba HUAWEI nova 9 & HUAWEI WATCH GT 3
24/12/2021 04:02 MYT
Untuk menjalani kehidupan yang serba modern ini, pastinya cara kita berkomunikasi juga perlu diutamakan.
Dengan adanya peranti yang ‘seamless’ dan lancar, maka pengguna tidak seharusnya terlepas panggilan mahupun notifikasi daripada insan tersayang mahupun soal kerja.
Pun begitu, untuk menjayakan ini, anda perlu gabungan peranti yang membolehkan rutin harian dilakukan lebih sempurna.
Pastinya gabungan dua peranti terbaru daripada Huawai iaitu Huawei nova 9 dan Huawei Watch GT 3 ini mampu menyelesaikan semua masalah tersebut.
Jadi apa yang menariknya tentang dua peranti ini?
HUAWEI nova 9
#1 Rekaan Penuh Elegan!
Jika anda tercari-cari telefon pintar dengan reka bentuk estetika serta ‘matching’ dengan keperibadian anda, Huawei nova 9 paling tepat.
Dilengkapi dengan reka bentuk kaca melengkung di bahagian depan dan belakang telefon pintar, Huawei nova 9 sangat selesa digenggam. Terletak betul-betul di telapak tangan anda.
Malah, Huawei nova 9 hanya setebal 7.77mm dengan berat 175gram, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk di simpan dalam poket. Tiada lagi peranti tebal!
Bukan saja itu, Huawei nova 9 hadir dalam dua variasi warna yang menarik untuk anda pilih iaitu Starry Blue and Black. Pilih saja mana yang sesuai dengan personaliti anda!
#2 Standard Baru Untuk Kamera Depan!
Sudah menjadi trend buat golongan masa kini untuk melakukan pelbagai live streaming atau vlogging. Tidak kiralah ketika bercuti atau di acara dan momen penting, pastinya fungsi dan kualiti kamera hadapan sangat penting.
Dengan Huawei nova 9, kamera depan dilengkapi dengan resolusi 32MP luar biasa yang berupaya merakam video 4K Ultra HD, sekali gus menjadikan vlogging atau swafoto anda lebih sempurna.
Tidak cukup dengan itu, Huawei juga mempertaruhkan fungsi ‘AIS Selfie Video Stabilisation’ untuk mengurangkan gegaran ketika rakam. Hasilnya, rakaman anda pasti bak kamera profesional!
Jika itu tidak cukup untuk rasa kagum, Huawei nova 9 juga dilengkapi dengan ciri Mod Dual View yang membolehkan anda merakam dengan kedua-dua kamera depan dan belakang serentak!
Dengan fungsi serba canggih ini, anda tidak akan terlepas satu saat pun apabila merakam.
#3 Kamera Ultra Vision 50MP!
Huawei nova 9 juga dilengkapi sistem kamera hebat Ultra Vision 50MP selain turut menampilkan RYYB Super Sensing menjadikan kualiti gambar dirakam lebih baik.
Imej yang dihasilkan sangat berkualiti kerana kamera dilengkapi XD Fusion Engine dan teknologi Ultra Vision HDR.
Hasil imej yang jitu dan terperinci memudahkan pengguna dan tidak perlu melakukan suntingan terlalu banyak.
Bukan sekadar itu, kamera utama ini turut menyokong kualiti video 4K pada 30fps yang membolehkan pengguna merakam momen melalui gambar, video dan vlog. Serba boleh!
#4 Jangan Percaya Mitos, Muat Turun Aplikasi Popular Dengan Mudah!
Jangan tak tahu, menerusi HUAWEI nova 9, pengguna boleh memuat turun aplikasi yang pelbagai aplikasi.
Line, Telegram, Viber Messenger, WeChat, Snapchat, Facebook, Facebook Messenger, Instagram dan Twitter semua boleh dimuat naik menerusi HUAWEI AppGallery.
Tidak perlu bimbang dengan dakwaan peranti HUAWEI tidak boleh mengakses aplikasi Google.
Dengan adanya GSpace, sebuah aplikasi yang mengumpulkan semua aplikasi Google seperti Gmail, Google Maps, Google Photos dan banyak lagi serentak.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh muat turun aplikasi penstriman popular seperti Netflix, YouTube, Viu, iQiyi dan iFlix dan melalui HUAWEI AppGallery atau Petal Search.
Tidak ketinggalan, permainan popular seperti PUBG Mobile, Mobile Legends,
Asphalt 8 Racing Game, Modern Combat Versus dan banyak lagi.
HUAWEI Watch GT 3!
#1 Gabungan Sempurna
Dengan segala fungsi hebat HUAWEI nova 9, pastinya pengguna memerlukan sebuah jam pintar yang membolehkan anda sentiasa berhubung.
HUAWEI Watch GT 3 kombinasi paling sempurna dengan peranti HUAWEI nova 9 anda.
Dengan padanan Watch GT 3 dan nova 9, pengguna juga boleh mengawal muzik menerusi jam tangan pintar sambil menikmati larian atau latihan rutin mereka.
Selain itu, pengguna juga boleh menjadikan Watch GT 3 kepada alat kawalan kamera. Lebih mudah untuk anda mengambil gambar biarpun ketika melancong secara solo!
HUAWEI Watch GT 3 hadir dalam dua variasi iaitu 46mm dan 42mm memberikan pengguna pilihan untuk menyesuaikan dengan gaya atau personaliti mereka.
Tidak terhenti di situ, HUAWEI Watch GT 3 turut dipadangkan dengan tali jam atau ‘strap’ fluoroelastomer hitam untuk Watch GT 3 46mm dan 42mm manakala kulit coklat untuk Watch GT 3 46mm dan kulit putih untuk WATCH GT 3 42mm.
#2 Bateri Tahan lama!
Jangan tak percaya, HUAWEI Watch GT 3 mampu bertahan selama 14 hari! Yup 14 hari!
Jam pintar ini hadir dengan bateri revolusioner 14 hari (Watch GT 3 46mm) dan tujuh hari (Watch GT 3 42mm).
Jam pintar ini juga menyokong cas tanpa wayar pantas, sekali gus memudahkan pengguna mengecas secara ‘on the go’. Tak perlu wayar-wayar ni!
Selain itu, jam ini juga menyokong pengecasan tanpa wayar terbalik. Jadi ia boleh dicas pada belakang telefon pintar HUAWEI yang tertentu untuk mengecas.
#3 Sempurna Untuk Bersenam!
Fungsi senaman pada jam ini bukan calang-calang kerana ia menyokong 100 mod senaman termasuk berenang, berlari, mendaki gunung, berbasikal dan lompat tali.
Anda tidak perlu lagi peranti lain, dengan jam pintar ini, bukan saja sesuai untuk profesional, malah sangat bagus untuk aktiviti senaman. Sangat versatile!
Pastinya gaya hidup anda lebih sempurna dengan gabungan HUAWEI nova 9, Watch GT 3.
Jadi apa tunggu lagi?
Jika mahukan fungsi dan ciri modern dan canggih, anda wajib cuba kedua-dua peranti ini, HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3.
Pastinya rutin harian anda lebih lancar dan seamless! Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link di bawah:
Anda juga boleh dapatkan dia peranti hebat ini menerusi HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan HUAWEI Store secara atas talian.
Malah, anda boleh berkunjung ke HUAWEI Experience Store berdekatan untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT 3!