Komedi Seram Papar Kisah Influencer Kejar Content? Filem Hantu Ke Lima Gandingkan Ramai Pelakon Popular! Aisar Khaled Pun Ada!
Mengetengahkan genre komedi seram serta memaparkan kisah influencer yang rancak mengejar ‘content’, filem Hantu Ke Lima bakal menemui penonton bermula 7 Oktober ini.
Ditayangkan di ‘pawagam rumah anda’ Astro First, filem terbaru ini menampilkan gandingan pelakon popular seperti Raysha Rizrose, Aisar Khaled, Izzue Islam, Shiha Zikir, Elly Mazlein, Pu Azman, Adibah Noor, Danish Danieal dan Azman Ahma.
Menurut penerbit dan Wakil ATHY Movies, Datuk Athy, filem ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak penonton yang sering menjadikan genre komedi dan seram sebagai pilihan utama.
“Saya berasa sangat teruja kerana filem terbitan produksi AT Movies akan dipersembahkan kepada penonton. Dalam pada itu, saya juga rasa gementar untuk melihat reaksi penonton.
“Ini adalah kali pertama pihak kami menghasilkan sebuah filem Melayu. Jadi saya
ingin ucapkan terima kasih kepada pihak FINAS kerana telah memberi sokongan kepada produksi kami untuk menghasilkan karya ini.
“Terima kasih kepada Astro Shaw di atas kepercayaan dan turut berkongsi komen dan cadangan bagi penambahbaikan filem Hantu Ke Lima,” katanya.
Sementara itu, menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw Raja Jastina Raja Arshad, kali ini Astro First membawakan sebuah filem komedi seram yang mempertaruhkan bakat-bakat muda sebagai teraju utama.
Menurutnya, selain jalan cerita yang padat dengan unsur komedi, pihaknya yakin gandingan pertama kali pelakon-pelakon ini mampu menarik minat penonton untuk menyaksikan filem ini.
“Tambah pula, kemunculan Elly Mazlein atau lebih dikenali Kak Lina Pom Pom pasti mengubati rindu penonton dengan gelagat pelakon, penyanyi dan pengacara popular tersebut.
“Kami juga turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan penerbit dan produksi AT Movies buat julung kalinya dalam membawakan filem ini kepada penonton sasaran.
“Kami harap, platform Astro First mampu dilihat sebagai salah satu ruang yang bukan hanya mengangkat bakat kreatif seperti pengarah filem, penulis skrip, tetapi turut menjadi platform bagi penerbit mencuba sesuatu di luar kotak dan kebiasaan mereka kepada penonton dan industri filem tempatan,” katanya.
Sekadar info, filem arahan pengarah Azhari Zain dan berdurasi 90 minit ini mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.
Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri.
Pada masa sama, TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur.
Namun mereka kemudian berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik.
Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.
Saksikan filem komedi seram, Hantu Ke Lima yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 7 Oktober 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.