Laman Utama

“Komen Di Tiktok Kadang Melampau..” - Sering Terima Kata Negatif, Vanessa Reynauld Tak Peduli Cakap Orang

gempak
Azwa Rahman
09/03/2022
09:53 MYT
Sponsor Banner
“Komen Di Tiktok Kadang Melampau..” - Sering Terima Kata Negatif, Vanessa Reynauld Tak Peduli Cakap Orang
Penyanyi Vannesa Reynauld mengakui dirinya menerima pelbagai komen-komen negatif mengenai bentuk fizikalnya di laman sosial.
Namun menurut Vanessa, dia bersyukur kerana dikurniakan hati yang tidak cepat terasa dan ambil pusing dengan kata-kata orang lain.
“Bila saya dapat komen yang negatif terutamanya di TikTok, orang-orang kalau yang komen di TikTok ni la, kadang-kadang memang melampau.
“Tapi mujur saya bukan seorang yang cepat terasa dengan komen-komen negatif orang lain sebab pada saya, apa yang keluarga saya fikir tu paling utama.
“Kalau ada netizen yang komen pasal bentuk badan saya gemuk ke, saya buruk ke, saya akan macam, so?. Pendapat kalian tak memberi kesan pada saya sebab awak tak kenal saya dan saya tak kenal awak,” jelasnya menerusi temubual bersama Gempak TV.
Tambah Vanessa lagi, seseorang individu itu perlu tahu batas menggunakan laman sosial.
“Tengok pada matlamat seseorang individu itu juga, kalau awak mahu dikenali ramai, saya rasa TikTok adalah platform yang bagus sebab dia tak kira awak popular atau tak, awak boleh post apa-apa sahaja yang awak mahu. Kalau video tu bagus, pasti akan mendapat sambutan satu dunia,” ujarnya.
Banyak lagi yang menarik akan dipaparkan dalam Gempak TV antaranya temu bual bersama Amy Mastura, Keifli Othman bersempena The Mask Singer Malaysia, Issey Fazlisham serta banyak lagi!
Jangan lepaskan peluang menonton Gempak TV setiap Rabu, 11 malam di Astro Ria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live