HIBURAN
Komen Emoji Hati Pada Hantaran Amira Othman, Netizen Usik Fattah Amin - "Wow Love Tanda Sayang..."
Komen pelakon, Fattah Amin di hantaran Instagram penyanyi, Amira Othman mencuri tumpuan netizen.
Komen hati warna biru
Menerusi ruangan komen posting pelantun lagu Hati Hati itu, aktor filem Pendekar Awang tersebut meninggalkan komen lima emoji hati berwarna biru.
Komen berkenaan menerima ribuan tanda suka berserta ratusan peminat yang ‘merestui’ sekiranya Fattah mempunyai hubungan rapat dengan Amira.
"Ini yang kami mahukan.
"Wow Abang Long (Fattah Amin) masuk, bersemut skrin.
“Love tanda sayang dan cinta kan?," komen beberapa netizen.
Terdahulu, Fattah pernah memuat naik gambar bersama Amira di Instagramnya.
Sejak bulan lalu, nama Fattah dan Amira menular di media sosial selepas dikatakan menjalin hubungan cinta.
Namun, kedua-duanya menjelaskan bahawa hubungan mereka sebatas urusan kerja sahaja.
BERITA BERKAITAN: Gagal Bercinta Bukan Bermakna Putus Asa, Amira Othman Tak Give Up Cari Calon Suami - “Apa Yang Kita Lalui Semua Tuhan Dah Tulis”
BERITA BERKAITAN: Tular Tangkap Layar Terima Notifkasi TikTok Dari Akaun Dipercayai Milik Fattah Amin, Amira Othman; “Saya Tiada Apa Nak Ulas, Biar ‘Detektif’ Netizen Buat Kerja”
Must-Watch Video