Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

Komen Menyinggung Perasaan? Instagram Perkenal Fungsi Terbaru Cegah Gejala Buli!

Hanafis Haris 09/07/2019 | 09:32 MYT
Satu persatu fungsi dikeluarkan oleh platform media sosial bagi membendung perilaku tidak bermoral individu tidak bertanggungjawab.

Terbaru, Instagram telah pun mengumumkan beberapa ciri baru dalam aplikasinya termasuk untuk membendung gejala buli.

Menerusi fungsi ini, Instagram akan memberi amaran kepada pengguna yang mahu menyiarkan kata-kata berbaur makian.

Menurut Ketua Instagram, Adam Mosseri, masalah ini telah lama berlaku di platform berkenaan dan usaha membendung buli telah menjadi keutamaan laman sosial itu semenjak sekian lama.

Menurut Mosseri, amaran akan dikeluarkan sekiranya komen pengguna dikesan boleh menyinggung perasaan pihak lain.

“Berdasarkan ujian awal, kami mendapati ia mengurangkan segelintir pengguna dari memuat naik kata-kata kecaman.

"Fungsi ini sekali gus membolehkan pengguna berfikir semula tindakan mereka dan memadamkan komen itu,” katanya menerusi laman The Times.

;