VIRAL
Komitmen Bulanan Cecah RM35,000, Ini Pesanan Dr Say – “Cukup Itu Tak Pernah Cukup Yang Penting…”
Doktor selebriti dan pempengaruh terkenal, Dr Say Shazril, menarik perhatian ramai apabila berkongsi secara terbuka mengenai jumlah komitmen kewangannya yang mencecah sekitar RM35,000 sebulan.
Menerusi podcast bersama PruBSN Stars yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini, Dr Say berkata sejak kecil lagi kedua ibu bapanya menekankan mengenai kepentingan kerjaya stabil, menyebabkan dirinya memilih bidang perubatan sebagai laluan hidup.
@prubsn_stars “Betul ke cukup apa yang kita ada sekarang?” Dr. Say buka cerita — dari sudut pandang seorang doktor — pasal financial stability dan komitmen bulanan. Real, jujur, dan sangat membuka mata. Kalau anda pernah tanya diri sendiri soalan ni, you need to watch this. . . #prubsn #prubsnstars #takaful #drsay #perlindungan #protection ##JomBorakWithDrSay #RealTalk #PlanUntukMasaDepan #fyp ♬ original sound - PruBSN Stars
“Ada sebab kenapa ibu dan ayah saya suruh saya jadi doktor.
“Sebab masa saya kecil pun mereka dah nasihat, jadi doktor ni masa depan akan terjamin,” katanya.
Namun, selepas meninggalkan kerjaya tetap dalam sektor kerajaan pada tahun 2017, Dr Say mengakui kehidupannya berubah apabila tidak lagi menerima gaji tetap setiap bulan.
“Kalau seorang doktor yang masih berkhidmat dengan kerajaan, memang akan stabil kewangan sebab setiap bulan gaji masuk.
“Tapi saya dah resign sejak 2017. Sejak itu saya memang kerja 24 jam kerana tiada stability,” ujarnya.
Tambah Dr Say, pendapatan yang tidak menentu memaksanya mengurus kewangan secara lebih strategik, malah pernah menggunakan simpanan untuk menampung keperluan bulanan.
Dalam podcast itu juga, Dr Say secara terbuka mendedahkan jumlah komitmen bulanan yang perlu ditanggungnya setiap bulan.
“Yuran sekolah anak pertama saya RM6,000, sewa rumah RM5,500, gaji manager RM5,000, kereta Jaguar RM5,000, Alphard RM2,500, nafkah isteri RM2,000, gaji maid RM1,700, terapi anak RM1,000, takaful RM1,000, ASB loan RM1,000, gym RM1,000 dan bil-bil semua RM1,000.
“Jumlah keseluruhan, komitmen bulanan saya cecah RM35,000.”
Walaupun kedengaran besar, Dr Say tidak melihat isu itu sebagai beban, sebaliknya lebih kepada tanggungjawab dan pengurusan gaya hidup yang dipilih.
“Komitmen ini la jadi penentu saya perlu dapatkan jumlah itu setiap bulan.”
Namun, dalam kesibukan mengejar pendapatan, Dr Say sempat berkongsi satu refleksi penting tentang konsep kecukupan dalam hidup.
“Kalau tanya saya cukup ke tidak apa yang kita dah ada sekarang, jawapannya: tak akan pernah cukup.
“Apa yang penting adalah ketenangan, bukan jumlah.”
Perkongsian Dr Say mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terkejut dengan jumlah komitmen yang tinggi, terutamanya apabila mendengar nilai sewa rumah dan ansuran kereta mewah.
“Mahalnya rumah RM5,500... saya bayar ansur rumah pun tak sampai separuh tu,.
“Jaguar RM5,000? Saya punya motor RM250 pun kadang tersangkut.
“Gaji besar, komitmen besar. Tak boleh nak banding hidup orang lain dengan hidup kita.”
“Bagus dia tak mengeluh. Dia cuma cerita realiti hidup dan ajar kita untuk hargai apa yang ada,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video