Kawan merupakan antara individu terpenting dalam kehidupan dan mereka juga boleh dianggap sebagai orang rapat selain keluarga.

Walaupun tidak memiliki pertalian darah antara satu sama lain namun rakan yang baik mampu menghilangkan rasa tekanan, meredakan kesedihan dan menjadi tempat luahan perasaan.

Bagaimanapun kita juga harus berhati-hati dalam memilih sahabat, salah pilih buruk padahnya.

Lebih bahaya lagi apabila sahabat yang dianggap seperti sebahagian keluarga itu diam-diam memiliki perancangan untuk tikam belakang kita.

Ini tiga sebab kepada perlu berhati-hati memilih sahabat.

#Hasad dengki dan iri hati

Sejenis orang yang di hadapan baik tetapi bila di belakang, oh dia rupanya musuh dalam selimut. Tidak boleh tengok orang lebih daripadanya, mulalah timbul rasa iri hati. Tidak kira dari segi harta, pangkat mahu pun pujian.


#Pembohong

Kawan seperti ini juga patut dijauhi, silap hari bulan kita pula yang jadi mangsa pembohongannya. Kejadian seperti ini selalu berlaku apabila rakan tersebut terkantoi membuat sesuatu perkara yang kurang baik.

#Pengkhianat

Ha ciri-ciri ini yang paling berbahaya ya. Sebab apa? Sebab mereka jenis yang bermuka-muka. Lebih baik korang elakkan dari berkongsi masalah peribadi dengan orang macam ni.

Bahaya guys, nanti apa yang korang cerita itu akan disampaikan kepada orang lain dengan cara yang salah. Tak fasal-fasal membawa kepada salah faham antara korang dan kawan yang lain pula.

Ketiga-tiga ciri yang disenaraikan ini semuanya ada dalam drama Tikam.

Kepada mereka yang memang pengikut setia Tikam, korang semua dah boleh agak ke siapa yang pembelot dalam syarikat tu? Apa pula teori korang untuk episod kali ini?

Patutlah ramai yang kata Tikam ini semakin hari semakin mendebarkan.

Jangan lupa saksikan Tikam, setiap Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang lebih fleksible, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, Aplikasi Astro Go dan On Demand.

Tikam mengetengahkan genre jenayah thriller mengenai satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat.

Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut.

Klimaks drama Tikam bergantung kepada keunikan jalan cerita yang padat dengan plot twist untuk menimbulkan unsur spekulasi dan suspen di kalangan penonton.

Selain itu, drama ini juga turut mempertaruhkan barisan pelakon popular seperti Fahrin Ahmad (Shahrol), Ben Amir (NJ), Intan Najuwa (Akma), Michael Ang (Mike), Jasmin Hamid (Madam Joan), Yuna Rahim (Ika), Ellyas Abdullah (Sap) dan Josiah Lim (Ed).