Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

Gempak
18/09/2024 11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.

Berita duka itu dikongsikan Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

Mendiang Eow Jin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada usia 86 tahun.

"YKAT baharu sahaja menerima panggilan pada jam 4.48 petang daripada Datin Elain yang mengatakan suaminya baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Kuala Lumpur.


"Mendiang merupakan pemuzik terkenal tanah air yang menerima bantuan bulanan YKAT berjumlah RM500 sebulan. Semoga keluarga mendiang tabah,” ujar kenyataan itu.

Pada 2022, media melaporkan keadaan kesihatan Eow Jin yang menghidap penyakit Alzheimer sejak 2015 semakin merosot selepas dijangkiti virus Covid-19.

Semasa hayatnya, mendiang menyertai Orkestra RTM sebagai pemuzik pada tahun 1963 sehingga tahun 1967.

Selepas itu, beliau berhijrah ke TV3 pada tahun 1986 hingga 1999.

BERITA TRENDING: Menangis Terduduk Di Tangga Bas Sekolah, Cik Bibah Panjat Syukur Doa Termakbul - "Mak Dah Tak Kuat..."

BERITA TRENDING: Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

BERITA TRENDING: Anna Jobling Terima Lagi Tiga Tawaran Di Indonesia Selepas Lembayung! - "Saya Tidak Sangka, Ini Peluang Besar"

BERITA TRENDING: Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”

Eow Jin banyak mencipta lagu-lagu untuk penyanyi-penyanyi tempatan dan luar negara termasuk Sudirman, Dahlan Zainuddin, M Nasir, Rahimah Rahim, Rafeah Buang, Flora Santos, kumpulan Alleycats, Jennifer Yen dan Francis Yip.

Sumber - Sinar Harian

#Komposer #Meninggal #Dunia #Ooi Eow Jin