Terkini
Konflik Keluarga, Rampasan Kuasa Menggelegakkan The Impossible Heir!
Apa yang seseorang itu sanggup lakukan jika dia mengetahui bahawa dirinya merupakan seorang anak luar nikah kepada konglomerat Korea?
Ini kisah Kang Inha, seorang lelaki dari keluarga miskin yang merajut impian untuk naik ke puncak sama seperti bapanya menerusi siri baharu The Impossible Heir.
Dibesarkan oleh ibu tunggal, dihimpit kemiskinan, dan tiada apa-apa kecuali wajah tampan dan persona yang menawan, Inha sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya tanpa mengira akibatnya.
Inha meninggalkan kehidupan miskinnya selepas mengetahui dia merupakan anak luar nikah kepada lelaki yang merupakan pengerusi Kumpulan Kangoh, sebuah syarikat gergasi yang berjaya.
Disisih oleh keluarga baharunya, Inha mencipta strategi dengan temannya yang berfikiran tajam, Han Taeoh, untuk menguasai syarikat itu dan menduduki puncak kuasa masyarakat.
Selepas mencapai kejayaan awal, pasangan itu meneruskan dakian mereka ke puncak kuasa.
Bagaimanapun, plot twist berlaku apabila seorang wanita yang berkongsi cita-cita dan kisah lampau muncul dan mengancam untuk merosakkan rancangan mereka buat selama-lamanya.
Dibintangi Lee Jaewook (Alchemy of Souls, Extraordinary You) sebagai Han Taeoh, teman zaman kanak-kanak Inha yang berfikiran tajam; Lee Junyoung (Mask Girl, D.P.) sebagai Kang Inha, anak luar nikah pengerusi Kumpulan Kangoh, dan Hong Suzu (Lovestruck in the City, Be;twin) sebagai Na Hyewon, seorang wanita yang dikuasai trauma masa lampau dan aspirasi yang tinggi.
Lebih menarik, siri ini ditulis oleh oleh Choi Won (Roman Holiday) dan diarahkan oleh sutradara tersohor, Min Yunhong (Missing: The Other Side, Insider).
The Impossible Heir kini boleh distrim menerusi aplikasi Disney+ Hotstar di Astro Ultra dan Ulti Box.
BERITA TRENDING: Kaki K-Drama? Ini 7 Program Dari Korea Yang Anda Perlu Nantikan Sepanjang 2024 Di Disney+ Hotstar!
Must-Watch Video