Kongsi Berita Tunai Haji, Anak Dr. Sheikh Muzafar Sebak

Syafiqah Jalal
Ogos 17, 2018 12:22 MYT
Rakaman video anak sulung angkasawan, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor , Sophea Isabella, 7, sebak hingga mengalirkan air mata selepas bapanya umum bakal menunaikan Haji menyentuh hati netizen.
Video tersebut dikongsi sendiri oleh Sheikh Muszaphar menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi enteri tersebut Muszaphar memberitahu dia baru sahaja mendapat berita gembira tersebut namun ia belum disahkan lagi kerana belum mendapat Visa serta tarikh penerbangan.
Menurutnya Isabella atau lebih mesra dengan panggilan Bella adalah anak yang sangat rapat dengannya dan serta merta mengalirkan air mata selepas dia memberitahu bakal meninggalkan mereka selama 10 hari untuk menunaikan ibadah tersebut.
Bagaimanapun anak keduanya, Tasha yang turut diberitahu berita tersebut kelihatan gembira.
Video tersebut mendapat perhtian netizen yang rata-rata turut tersentuh dan sebak melihat reaksi Bella.
#Haji #Bella #Sheikh Muszaphar #Angkasawan