Laman Utama

Kongsi Ciapan Tentang Menteri, Naim Daniel; "Apa Yang Ditulis Adalah Dari Hati Seorang Rakyat"

gempak
Asraf Aided
18/04/2021
02:53 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Ciapan Tentang Menteri, Naim Daniel; "Apa Yang Ditulis Adalah Dari Hati Seorang Rakyat"
Penyanyi popular, Naim Daniel berkongsi ciapan seakan meluahkan pendapat peribadinya terhadap perbuatan sesetengah golongan menteri.
"Wahai Pak Menteri yang lanjut umur, sudahlah kalian menjadi pisau cukur.
"Rakyat pula disuruh bersyukur," tulisnya di Twitter baru-baru ini.
Ketika dihubungi Gempak, Naim akui menulis sendiri ciapan tersebut.
Menurut penyanyi lagu Purnama ini, dia meletakkan dirinya sebagai rakyat Malaysia yang melihat pelbagai perubahan sejak pandemik COVID-19 melanda tahun lalu.
"Berkenaan ciapan tersebut, saya letakkan diri saya sebagai seorang rakyat, kita tahu dengan apa yang berlaku ketika fasa pandemik dalam masa setahun ini.
"Kita nampak perubahan ketara, ada baik buruknya kepada rakyat, terutama mereka yang betul-betul terkesan sehingga terpaksa melakukan dua atau tiga kerja untuk meneruskan kehidupan, malah hingga ada yang terkorban nyawa seperti penghantar makanan misalnya," katanya. Kata Naim, rakyat mempunyai suara terhadap perkara yang berlaku. Namun dia tidak 'pukul rata' kenyataan itu terhadap mana-mana pihak secara khusus.
"Sebagai rakyat, kita juga punya suara untuk apa yang berlaku, pada masa yang sama saya tidak pukul rata kepada mana-mana pihak, tapi kita tahu siapa yang lakukan tugas atau siapa yang melakukan tugas dengan sambil lewa, ini adalah soal tanggungjawab.
"Jadi apa yang saya tulis itu adalah dari hati seorang rakyat, secara suka atau tidak, kita semua sedar, apa yang berlaku sekarang ini kesannya akan dirasa oleh rakyat.
"Apapun, kita tak akan sembarangan meluahkan rasa, kalau kita tidak merasa sesuatu perkara itu," katanya menutup bicara.
Setakat artikel ini ditulis, ciapan tersebut mendapat lebih 15 ribu ciap semula (retweet) dan lebih 21 ribu tanda suka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live