Kongsi Diet Sihat, Netizen Ambil Peluang ‘Usik’ Khairul Aming - “Raya Nanti Kau Nak Kurus Sorang Ke?!”
Firdaus
20/03/2024 03:55 MYT
20/03/2024 03:55 MYT
Selebriti media sosial fenomena, Khairul Aming sememangnya bukan nama asing lagi dalam kalangan netizen.
Sering berkongsi resepi makanan, pempengaruh dan pencipta kandungan itu bagaimanapun tidak lupa untuk menjaga diet harian serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Menurut Khairul menerusi hantaran terbaharunya di Platform X, dirinya menyasarkan untuk turun berat badan pada Ramadan tahun ini seperti mana yang berjaya dilakukan pada tahun lalu.
“Apa yang saya makan setiap hari semasa bulan Ramadan. Bulan lepas hilang empat kilogram, bulan ni sasarkan untuk turun beberapa kilogram sebelum raya.

BERITA TRENDING: Netizen Tanya Status Halal Produk Khairul Aming, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan
“Semua benda makan, yang penting kawal portion dan bersenam,” kongsinya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen berseloroh dan merasakan gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Khairul Aming sangat bercanggah dengan resipi-resipi yang dikongsikan di media sosial.
“Dalam resipi bukan main suruh orang buat air manis, makan macam-macam. Kau minum air kosong je ye? Raya nanti kau nak kurus sorang ke?!” seloroh seorang netizen.
“Pandai ye punya lah share 30 hari 30 resipi, kita makin tembam, dia makin kurus,” kata seorang wargamaya.
“KA jaga diet sementara kita ni sibuk ikut resipi air manis dia hahaha,” tulis netizen.
Sekadar info, setakat artikel ini ditulis perkongsian Khairul itu meraih lebih dua juta tontonan serta hampir 10,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.