Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kongsi Foto Akad Nikah Dengan Hazwani Helmi, Peminat Hampir Percaya Hariz Hamdan Kahwin - “Bukan Nak Raih Perhatian Tapi…”

Asyikin Mayudin
21/09/2024 00:55 MYT
Perkongsian beberapa keping foto memperlihatkan pelakon Hariz Hamdan seperti melangsungkan acara akad nikah dengan akres Hazwani Helmi di Instagram mengundang pelbagai reaksi netizen.

Babak dalam drama

Rata-rata netizen pada awalnya menganggap Hariz melangsungkan pernikahan dengan adik kepada pelakon dan penyanyi Heliza Helmi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: X-Change: Tampilkan Kisah Adik-Beradik Pelbagai Ragam, Ini Fakta Menarik Tentang Anak Pertama Hingga Ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: X-Change: Ikut Plot & Karakter, Hariz Hamdan Akan Terus Lakonkan Babak ‘Daring’

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Keluarkan Kenyataan ‘Jilat’, Babak Itu Hanya Sekadar Cium Kaki” - Hariz Hamdan

Bagaimanapun, pelakon berusia 22 tahun itu menjelaskan perkongsian foto tersebut hanyalah salah satu babak dalam drama yang sedang menjalani penggambaran.

“Berkenaan dengan perkongsian yang membuatkan ramai berfikiran saya dah kahwin, tapi sebenarnya saya belum lagi. Sebenarnya saya sedang menjalani penggambaran drama 30 episod.

“Ada beberapa pelakon lain juga terlibat sama dan foto-foto itu merupakan salah satu babak yang melibatkan acara akad nikah,” kata Hariz kepada Gempak.

Mohon maaf

Tiada niat untuk meraih perhatian, pelakon drama siri Astro Original, X-Change ini turut memohon maaf kepada peminat yang tersalah anggap dengan perkongsian tersebut.

“Ramai client, peminat dan media bertanyakan mengenai perkongsian itu. Bukan sengaja nak meraih perhatian… saya tak ada niat pun ke arah itu. Ia juga sama sekali bukan untuk kejar publisiti.

“Saya mohon maaf kepada peminat atas kekeliruan yang berlaku. Saya masih single dan masih bekerja keras dalam industri seni. Doakan saya jumpa jodoh saya,” ujarnya.

#Kahwin #Heliza Helmi #Akad Nikah #Hazwani Helmi #Hariz Hamdan #Pelakon kahwin
;