Berita
Kongsi Foto 'Baby Shower', Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Sari Yanti
Pelakon Sari Yanti telah berkongsi beberapa keping foto majlis 'Baby Shower' bersama suami, Jep Sepahtu dan ahli keluarga terdekat yang berlangsung Sabtu lalu.
Menerusi muatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya, Sari Yanti telah diraikan oleh rakan-rakannya dan ahli keluarga terdekat secara tertutup.
Majlis tersebut adalah kejutan kepada Sari Yanti yang bakal menyambut kelahiran anaknya itu tidak lama lagi.
"Assalammualaikum. Terima kasih cousins, sisters, and friends for the baby shower yesterday. Feel so much love for the thought.
"Alhamdulillah. I am thankful to have this silaturahim and will always cherish it all the way.
"Terima kasih untuk suami yang sentiasa ada dan menghargai. Terima kasih untuk sahabat sahabat baik, adik beradik dan cousins," tulisnya.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Sari Yanti dan bayinya sentiasa sihat.A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak pasangan tersebut.
Mereka juga memuji wajah Sari yang kelihatan semakin cantik dan berseri selain mendoakan kesejahteraan artis kesayangan mereka.
Must-Watch Video