Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kongsi Foto 'Baby Shower', Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Sari Yanti

Rozaimi Zubaidi
26/03/2018 04:29 MYT
Pelakon Sari Yanti telah berkongsi beberapa keping foto majlis 'Baby Shower' bersama suami, Jep Sepahtu dan ahli keluarga terdekat yang berlangsung Sabtu lalu.

Menerusi muatnaik di akaun Instagram (IG) miliknya, Sari Yanti telah diraikan oleh rakan-rakannya dan ahli keluarga terdekat secara tertutup.

Majlis tersebut adalah kejutan kepada Sari Yanti yang bakal menyambut kelahiran anaknya itu tidak lama lagi.

"Assalammualaikum. Terima kasih cousins, sisters, and friends for the baby shower yesterday. Feel so much love for the thought.

"Alhamdulillah. I am thankful to have this silaturahim and will always cherish it all the way.

"Terima kasih untuk suami yang sentiasa ada dan menghargai. Terima kasih untuk sahabat sahabat baik, adik beradik dan cousins," tulisnya.

Assalammualaikum.. Thank u cousins, sisters , and friends for the baby shower yesterday. Feel so much love for the thought. . Alhamdulillah. I am thankful to have this silaturahim and will always cherish it all the way.. . . Terima kasih untuk suami yang sentiasa ada dan menghargai. . . Terima kasih untuk sahabat sahabat baik. Adik beradik dan cousins. Sebab buat surprise last week tak jadi. Buat lagi minggu ni. Dan masih sanggup. Ramai DM tanya baju kakak dari siapa. Siapa lagi. Kawan baik kakak yang sorang tu lah.. @ariweddingcouture . Thank u Ari ? Terima kasih @ezsconcept for the beautiful ideas concept and printable. - siap buat deco gajah comel.. dan deco macam macam yang cantik. Kat semua meja ada gajah.. comel sangat. Backdrop.. so lovely and cute. Color choice is also very nice . * wink. ??? . . Terima kasi untuk goodie bag yang best dari @anasism . ? Dan shawl kakak dari @mumuscarves . Terima kasih Ruang Shah Alam. Tempat cantik. Surau bersih dan selesa. Telekung pun banyak . We are happy. Tandas bersih dan kering. Thank u again. ? Candy buffet . Subahanallah. Alhamdulillah cantiknya ... kakak hargai effort semua yang beriya plan siap ada candy buffet. Candy buffet ni dari @princeszdack . Thank you ???? . Balloons pun comel dari @surprise2ukl . . . Lastly my personal thanks to my soul sister. @xxxilixxx sebab bertungkus lumus @annaseaskey sebab excited sama. Untuk shah and elle from @ezsconcept Eddy from @ruangeventspace Thank u guys ?

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on


Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Sari Yanti dan bayinya sentiasa sihat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak pasangan tersebut.

Mereka juga memuji wajah Sari yang kelihatan semakin cantik dan berseri selain mendoakan kesejahteraan artis kesayangan mereka.
#Jep Sepahtu #Sari Yanti #Baby Shower
;