Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Kongsi Foto Bersama Suami, Adira Dikritik Kerana Selekeh

Ahmad Shah 11/02/2016 | 04:09 MYT

Penyanyi Adira Suhaimi telah berkongsi sekeping foto bersama suaminya Datuk Seri Adnan Abu khas buat tatapan peminat.

Namun lain pula jadinya apabila Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi dikritik di media sosial kerana gaya pemakaian hijabnya itu dilabel sebagai selekeh.
Dengan wajah yang polos tanpa mengenakan sebarang alat solek dan memakai kaca mata bulat membuatkan Adira nampak sedikit pucat.
Disebabkan foto itu, ramai yang menasihati Adira supaya menjaga penampilan ketika bersama suami lebih-lebih lagi wanita tersebut merupakan seorang selebriti.
Bagaimanapun foto itu kemudiannya telah dipadam oleh Adira sebelum dia memuat naik kembali foto yang sama beberapa jam yang lalu.

#Adira
;