HIBURAN
Kongsi Foto Bersama Suami Baru, Netizen Doakan Kebahagian Rozita Ibrahim - “Nampak Bonda Happy Sekarang”
Usahawan, Rozita Ibrahim menamatkan spekulasi status perkahwinannya selepas berkongsi beberapa keping gambar bersama suami di Instagram.
Jelas ibu kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, pendedahan itu dibuat susulan ramai pengikut yang tertanya-tanya mengenai status perkahwinannya.
“Menjawab soalan followers,” katanya.
Sedang menunaikan ibadah umrah,Rozita yang lebih mesra disapa sebagai Bonda Rozita juga sempat mendoakan buat dirinya, suami dan anak-anak.
“Bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, kami datang kepada-Mu dgn hati yang penuh harapan & tangan yang menadah keampunan.
“Kami hamba Mu yang lemah , penuh dosa & kekurangan, namun kasih sayang-Mu tak pernah bertepi. Ampunkanlah kami, Ya Allah, atas segala khilaf kami, yang sengaja mahupun tidak.
“Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Satukanlah hati kami dgn kasih sayang & redha-Mu. Temukanlah kami dalam syurga-Mu yg abadi.
“Kami sayang anak-anak kami.. berikan mereka kekuatan utk solat dan beramal kebaikan,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang gembira dengan perkhabaran gembira itu dan mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Mashallah, manis sangat senyuman bonda. I believe you are happy 😍 semoga Allah rahmati pernikahan bonda ini dgn sakinah mawaddah warahmah ❤️ sampai syurga bonda.
“Nampak bonda happy skg..slmt pngantin bru bondaku sayang..bonda pun layak mencipta bhgia..berbhgia dunia dan akhirat..sayang bonda.
“Alhamdulillah tahniah bonda. U deserve it. semoga berbahagia bercinta sampai syurga bonda
“Semoga dipermudahkan semua urusan Bonda disana & sentiasa dlm rahmat Allah,” kata netizen.
Terdahulu, timbul dakwaan mengata Rozita sudah berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam.
Lebih menguatkan dakwaan apabila Rebecca menyapa Rozita dengan panggilan ‘kakak iparku’ dalam satu sesi siaran langsung.
Tidak hanya itu, turut tular video memperlihatkan Rozita berpimpin tangan dengan seorang lelaki berkumis didakwa suami baharunya yang juga abang kepada Rebecca.
Kemudian, anak kepada Rozita iaitu Ain mengesahkan ibunya telah berkahwin lain namun enggan mendedahkan punca perpisahan usahawan itu dengan suami terdahulu.
Must-Watch Video