Hiburan
Kongsi Foto Bertudung, Netizen Nasihat Wan Sharmila
Pelakon Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram menerusi sebuah entri.
Foto tersebut menunjukkan Lala mengenakan tudung sambil berkaca mata.
Walau bagaimanapun, Lala menjelaskan dia belum sepenuhnya berhijab serta memohon peminat untuk mendoakan kepadanya.
"Belum lagi ...#doakan #doayangbaikbaik," tulisnya sebagai kapsyen.
Rata-rata pengikut Lala meninggalkan komen positif dengan memuji kecantikan Lala apabila mengenakan tudung.
Malah ada segelintir peminat berpesan supaya menjadi diri sendiri serta tidak lupa mendoakan moga dipermudahkan untuk menutup aurat.
Lala mula aktif di industri hiburan pada tahun 2005 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.