Buat pertama kalinya, aktres popular Hollywood, Megan Fox berkongsi foto anak ketiganya di laman Instagram.

Sebelum ini, pelakon filem Transformers itu belum pernah lagi mendedahkan wajah foto anak ketiganya kepada khalayak umum.

Foto selfie Megan dengan anak lelaki ketiganya yang diberi nama Journey River itu memperlihatkan Megan berbaring atas katil bersama anaknya.

A photo posted by Megan Fox (@the_native_tiger) on


Journey River telah dilahirkan pada 4 Ogos lalu di Los Angeles, California. Megan yang berkahwin dengan aktor Brian Austin Green pada 24 Jun 2010 turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Noah, 4, dan Bodhi, 2.

Menerusi ruangan komen di laman Instagram milik Megan, @the_native_tiger, netizen memuji Journey River yang kelihatan sangat comel. Ada juga antara pengikut Instagram Megan mengatakan yang mahu aktres itu memuatnaik lebih banyak lagi foto Journey.

Teks oleh: Kamaruddin Razal