Kongsi Foto Honeymoon, Peminat Doa Amyra Rosli & Amar Baharin Cepat Timang Cahaya Mata

Rozaimi Zubaidi
Disember 1, 2016 08:30 MYT
Peminat pasangan pengantin baru, Amyra Rosli dan Amar Baharin mendoakan agar kebahagian pasangan ini akan terus berkekalan dan segera mendapat cahaya mata.
Menerusi muatnaik di akaun Instagram (IG), pasangan ini dilihat telah berkongsi beberapa keping foto mereka sedang berbulan madu di negara matahari terbit, Jepun.
Kebanyakan komen yang diucapkan oleh para peminat kepada pasangan ini ialah mendoakan kebahagian mereka serta berharap agar Amyra Rosli dan Amar Baharin segera dikurniakan cahaya mata.
Rata-rata peminat mereka mengakui bahawa tidak sabar untuk menantikan kehadiran cahaya mata daripada pasangan ini.
Destinasi ke Jepun sebenarnya sudah menjadi perancangan pasangan ini untuk berbulan madu.
Terdahulu, pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin telah berkahwin pada 11 November lalu, di Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Berikut merupakan foto-foto pasangan ini sepanjang berada di Jepun:
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Amar Baharin #Amyra Rosli #Amar Baharin #Amyra Rosli