Kongsi Foto Honeymoon, Peminat Doa Fattah Amin & Fazura Cepat Timang Cahaya Mata

Rozaimi Zubaidi
Disember 26, 2017 07:28 MYT
Peminat pasangan pengantin baru, Fattah Amin & Fazura mendoakan agar kebahagian pasangan ini akan terus berkekalan dan segera mendapat cahaya mata.
Menerusi muatnaik di akaun Instagram (IG), pasangan ini dilihat telah berkongsi beberapa keping foto mereka sedang berbulan madu di kota London.
Kebanyakan komen yang diucapkan oleh para peminat kepada pasangan ini ialah mendoakan kebahagian mereka serta berharap agarFattah Amin & Fazura segera dikurniakan cahaya mata.
Rata-rata peminat mereka mengakui bahawa tidak sabar untuk menantikan kehadiran cahaya mata daripada pasangan ini.
@junemohdnoor59: 'Assalamualaikum fattah dan fazura selamat berbulan madu sweet sangat-sangat korang. Selamat melayari bahtera perkahwinan mengikut hukum syarak saya doakan semoga korang bahagia bersama hingga ke jannah.
@sweet_beauty_lens_perfeum: 'Sweet pasangan sejoli @fattahaminz dan @missfazura moga kekal bahagia hingga ke jannah. Aamiinn. Jangan lambat-lambat buat baby tu. Tak sabar tunggu.
@Winzul: 'Selamat berbulan madu. Jangan lupa bawa balik Fattzura Jr. untuk kami di Malaysia.
@tindu: 'Tak sabar nak menantikan anak korang. Mesti comel kan.. Korang ni tak pernah tak sweet. Semoga segalanya dipermudahkan.
Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara pad 27 November lalu.
#Fattah Amin #Fazura #Fazura