Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kongsi Foto Jual Emas, Rupa-Rupanya Akaun IG Mierul Aiman Digodam - “Sila Jangan Klik Pada Sebarang Pautan…”

Asyikin Mayudin
13/08/2024 04:21 MYT
Laman Instagram milik pelakon drama siri terbaharu ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ iaitu Mierul Aiman digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak malam, Isnin.

Menerusi kenyataan dari pihak pengurusan, Rocketfuelent memohon agar semua pihak tidak menekan sebarang pautan yang diterima melalui mesej daripada akaun tersebut.

“Instagram Mierul_Aiman telah digodam. Sila jangan klik pada sebarang pautan yang diterima melalui mesej daripada akaun tersebut.

“Elakkan daripada berinteraksi dengan mana-mana pihak yang cuba menggunakan akaun tersebut,”

Terdahulu, perkongsian di akaun Instagram Mierul Aiman yang dengan kapsyen menjual emas untuk didermakan dana kepeada negara Palestin menarik perhatian netizen.

Malah, akaun IG itu juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

#Mierul Aiman #IG digodam #Akaun IG digodam #IG Mierul Aiman