Kongsi Foto 'Maternity Shoot', Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Jihan Muse

Rozaimi Zubaidi
Januari 3, 2018 02:23 MYT
Peminat pelawak dan pengacara Jihan Muse menyatakan rasa teruja dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi pelakon tersebut dan suaminya, Ungku Hariz.
Foto-foto 'Maternity Shoot' itu dikongsi oleh Jihan menerusi akaun Instagramnya sejak semalam.
Dalam pada itu, ruangan komen juga dipenuhi ucapan peminat yang mendoakan agar Jihan dan bayinya sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Selain ucapan tahniah, mereka turut memuji sikap romantik yang ditunjukkan oleh Ungku Hariz kepada isteri kesayangannya itu.
Jihan yang kini sarat hamil 35 minggu dan dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada bulan ini.
Ungku Hariz Faizal, 31, mendirikan rumah tangga dengan Jihan Muse pada 20 Mac 2016 di Laman Kayangan, Shah Alam.
Astro Gempak sekali lagi ingin mengucapkan tahniah, semoga anak dalam kandungan sihat dan dilahirkan dengan selamat tidak lama lagi.
Berikut merupakan foto-foto yang dikongsi:
#Jihan Muse #Maternity Shoot #Ungku Hariz