Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah mencetuskan tanda tanya apabila dia memuat naik gambarnya mengenakan busana perkahwinan.

Gambar berkenaan dimuat naik menerusi beberapa posting di Instagram Story miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Zarina kelihatan cantik mengayakan busana serba putih bersama lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas.

Kedua-dua mereka dilihat berada di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Gempak masih mendapatkan pengesahan daripada Zarina mengenai majlis akad nikahnya itu.



Untuk makluman, Zarina telah mengesahkan yang dia bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya itu.

Menurut Zarina yang dalam temu bual yang disiarkan di Gempak semalam, baju kahwinnya juga telah ditempah dan persiapan majlis sedang sibuk dijalankan.

BACA: "Sekarang Baru 20 Peratus Je" - Wahh! Zarina Anjoulie Bakal Kahwin Tidak Lama Lagi?

Untuk rekod, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu berakhir pada Disember 2016