Kongsi Foto Seakan ‘Berkemban’, Sharifah Sakinah Terima Komen Jijik - “Dapat J*lat Kau Ini…”
Asyikin Mayudin
24/05/2023 04:55 MYT
24/05/2023 04:55 MYT
Nama pelakon sensasi, Sharifah Sakinah kembali menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi video memperlihatkan dirinya menggayakan baju jenis sequin berwarna merah jambu yang dikatakan terlalu seksi.
Belum lagi reda isu berkenaan, Sakinah sekali lagi menarik perhatian netizen selepas dia memuat naik foto terbaharu di Instagram yang memperlihatkan dirinya seakan-akan sedang berkemban.
Menerusi perkongsian itu, aktres berusia 34 tahun itu berkongsi tips kepada pengikut bagaimana dia menjaga kulitnya selepas melakukan proses menggelapkan kulit sehingga menjadi warna coklat keperangan (tan).
“Ramai tanya macam mana jaga kulit untuk tanned. Berjemur di bawah pancaran matahari, minum air yang banyak dan ambil vitamin C (bukan untuk memutihkan),” kata Sakinah.
Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat penampilan Sakinah selain ada juga antara mereka yang meninggalkan komen berbaur lucah.
“Dapat jilat kau ini best juga,” komen netizen.
Tanpa mendiamkan diri, Sakinah membalas komen tersebut dengan mengatakan invididu tersebut akan menyesal sekirangnya berbuat demikian.