Viral
Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati Ditembak
Seorang peserta pertandingan ratu cantik yang mewakili Ecuador menemui ajal sejurus berkongsi foto menu makanan yang dinikmatinya di sebuah restoran baru-baru ini.
Landy Párraga Goyburo, 23, mati ditembak selepas berkongsi foto sotong di Instagram Story yang dipercayai menjadi petunjuk untuk pembunuh upahan datang ke restoran lalu membunuhnya.
Insiden tidak terduga itu terakam di CCTV restoran yang terletak di Quevedo. Dua orang lelaki bersama senjata masuk ke dalam restoran tanpa disedari oleh wanita itu yang sedang berbual dengan seorang lelaki.
Dia yang juga merupakan seorang model dan pempengaruh itu dilihat memakai baju berwarna biru telah diserang dua penembak upahan.
Parraga telah ditembak beberapa kali dan menemui ajal serta merta, lapor The Sun.
Pihak berkuasa tempatan percaya jenayah tersebut dirancang oleh balu isteri pengedar dadah terkenal, Leandro Norero yang didakwa menjalin hubungan sulit bersama Parraga.
Must-Watch Video