Kongsi Foto Ultrasound, Netizen Sangka Wawa Zainal Hamil, Tapi Sebenarnya....

Asraf Aided
Januari 18, 2019 08:58 MYT
Aktor popular, Aeril Zafrel berkongsi sepotong video menunjukkan imbasan ultrasound yang mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen.
Video itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) sebentar tadi.
"Alhamdulillah, penantian dan doa saya dan Wawa selama ini termakbul, dapat anak kucing baka Rusia," tulisnya di ruangan kapsyen.
Ekoran perkara itu, ramai netizen yang menyangka bahawa Wawa hamil kali ketiga, namun imbasan itu benar-benar dilakukan untuk kucing mereka.
Ketika dihubungi Gempak, Aeril mengesahkan imbasan tersebut dilakukan pada kucingnya dan Wawa masih belum hamil kali ketiga.
"Ya, imbasan itu betul-betul dilakukan pada kucing saya, saya tidak bermaksud yang lain dari itu.
"Apa yang ditulis di ruangan kapsyen itu benar dan Wawa masih belum lagi hamil kali ketiga.
"Saya memang mahukan cahaya mata ketiga namun belum ada rezeki buat masa ini," ujarnya.
#Aeril Zafrel #Wawa Zainal