Berita

Kongsi Gambar Ala 'Baby Bump', Ini Penjelasan Mizz Nina

gempak
ZULHILMI JALIL
17/08/2020
11:05 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Gambar Ala 'Baby Bump', Ini Penjelasan Mizz Nina
Selebriti Mizz Nina menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di Instagram selepas memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya seolah-olah sedang berbadan dua.
Dalam entri yang dimuat naik tengah hari tadi, isteri kepada penyanyi Noh Salleh itu menunjukkan dirinya dalam persalinan biru muda dengan bahagian perut kelihatan seakan-akan baby bump.
Ekoran perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dalam kalangan netizen yang menyangkakan pemilik nama sebenar Shazrina Azman, 40, itu sudah berbadan dua.
"Nampak baby bump, sangat comel. Tahniah Mizz Nina dan Noh.
"Jika betul apa yang saya fikirkan sekarang, alhamdulillah, saya sangat gembira.
"Kak Nina, adakah awak mengandung? Awak sentiasa ada dalam dia saya di mana saya selalu berharap satu hari anda akan menjadi ibu. Akhirnya!," tulis sebahagian netizen.
Begitupun, Mizz Nina yang menyedari posting tersebut menerima respons ucapan tahniah 'luar biasa' daripada pengikutnya kemudian melakukan suntingan pada bahagian kapsyen beberapa minit kemudian.
Katanya, buat masa sekarang dia masih belum lagi mengandung seperti yang disangkakan umum.
"Masya-Allah, saya senang hati melihat ucapan anda semua. Begitupun, saya belum mengandung lagi. Ameen! Terima kasih untuk doa anda semua.
"Mungkin inilah masanya untuk saya kurangkan berat badan," katanya yang menjelaskan situasi sebenar.
MashaAllah- So nice to see your wishes ? By the way, im not pregnant, yet but Ameen3! Jzk for your dua’s! ?? maybe it’s time I lose some weight ? #Repost @bymizznina ・・・ Assalamualaikum and Happy Monday ladies, Ready to kick-start the week? Put your best hijab forward and do your thing with Allah SWT in mind ❤️ THE KASBAH Inspired by the intricate carvings and artistic designs found on most traditional Moroccan windowsills, we incorporate them carefully onto our Sahraa Series bawal hijab that comes in the colour Moroccan Rose and Mystique Grey. ?️46 × 46" ?Made from high quality Armani Silk ?Easy to drape & wrinkle-free ?Cooling & breathable material ?️RM119 For every purchase, part of the proceeds will go to the @cintasyriamalaysia fund to help our Muslim brothers and sisters in Syria, JazakAllah Khair. Get yours now @ www.bymizznina.com ----------------------------------------------------------------------------------- Assalamualaikum semua, Bersedia memulakan minggu baru anda? Kenakan hijab terbaik dan lakukan semaksimal mungkin dan sentiasa ingat Allah SWT ❤️ THE KASBAH Diinspirasikan daripada ukiran halus dan corak artistik yang terdapat pada kebanyakan jendela tradisional Maghribi, kami olahkannya dengan penuh ketelitian kepada tudung bawal Sahraa Series kami dan ia tersedia dalam rona Moroccan Rose dan Mystique Grey. ?️46 × 46" ?Diperbuat daripada Sutera Armani berkualiti ?Mudah dibentuk & tidak renyuk ?Material sejuk & menyamankan ?RM119.00 Bagi setiap pembelian, sebahagian daripadanya akan disalurkan kepada tabung @cintasyriamalaysia bagi membantu saudara-saudara Islam kita di Syria, JazakAllah Khair. Dapatkan sekarang @ www.bymizznina.com #TheKasbah #SahraaSeries #ByMizzNina
A post shared by ???????? ????? (@officialmizznina) on
Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 1 Julai 2011.
Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata lagi.
Begitupun, sebelum ini, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
BACA: Janganlah Tanya Pasal Anak Lagi...Saya Rasa Nak Menangis - Noh Salleh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live