Kongsi Gambar Ala 'Baby Bump', Ini Penjelasan Mizz Nina

ZULHILMI JALIL
Ogos 17, 2020 11:05 MYT
Selebriti Mizz Nina menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di Instagram selepas memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya seolah-olah sedang berbadan dua.
Dalam entri yang dimuat naik tengah hari tadi, isteri kepada penyanyi Noh Salleh itu menunjukkan dirinya dalam persalinan biru muda dengan bahagian perut kelihatan seakan-akan baby bump.
Ekoran perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dalam kalangan netizen yang menyangkakan pemilik nama sebenar Shazrina Azman, 40, itu sudah berbadan dua.
"Nampak baby bump, sangat comel. Tahniah Mizz Nina dan Noh.
"Jika betul apa yang saya fikirkan sekarang, alhamdulillah, saya sangat gembira.
"Kak Nina, adakah awak mengandung? Awak sentiasa ada dalam dia saya di mana saya selalu berharap satu hari anda akan menjadi ibu. Akhirnya!," tulis sebahagian netizen.
Begitupun, Mizz Nina yang menyedari posting tersebut menerima respons ucapan tahniah 'luar biasa' daripada pengikutnya kemudian melakukan suntingan pada bahagian kapsyen beberapa minit kemudian.
Katanya, buat masa sekarang dia masih belum lagi mengandung seperti yang disangkakan umum.
"Masya-Allah, saya senang hati melihat ucapan anda semua. Begitupun, saya belum mengandung lagi. Ameen! Terima kasih untuk doa anda semua.
"Mungkin inilah masanya untuk saya kurangkan berat badan," katanya yang menjelaskan situasi sebenar.
Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 1 Julai 2011.
Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata lagi.
Begitupun, sebelum ini, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
BACA: Janganlah Tanya Pasal Anak Lagi...Saya Rasa Nak Menangis - Noh Salleh
#Hamil #Mizz Nina #Hamil #Baby Bump