Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kongsi Gambar Anak Orang Tanpa Izin Dikira Tidak Hormat Privasi, Netizen Faham Kenapa Neelofa Tersinggung - “Parents Lain Pun Akan Marah Kalau…”

Izwan Isa 11/10/2022 | 22:50 MYT
Semalam, usahawan dan pengacara Neelofa mendedahkan rasa kecewa selepas ada dalam kalangan orang awam mengambil gambar anaknya, Muhammad Bilal secara ‘curi-curi’ dan memuat naik gambar berkenaan di media sosial.
Hal ini tentu sekali bertentangan dengan pendiriannya Neelofa yang masih enggan mendedahkan wajah buah hati kesayangannya selain etika pengambilan gambar tanpa kebenaran dan dikongsikan di alam maya.
Neelofa sendiri memberitahu yang jika ada pun gambar yang akan dimuat naik atau dikongsi, biarlah ia datang daripada dirinya sendiri iaitu ibu kandung kepada Bilal.
Usahawan yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program MeleTOP itu turut memberitahu yang ramai ingin menjadi antara yang pertama untuk berkongsi sehingga tidak memikirkan perasaan orang lain.
Menerusi maklum balas yang dikongsikan oleh netizen, ramai yang turut setuju dengan kekesalan yang diluahkan oleh Neelofa.
“Bukan setakat Neelofa, mak ayah orang lain pun boleh marah kalau stranger datang dari entah mana mana duk tangkap gambar anak dorang and upload dekat social media. Korang ni memang tak reti hormat privasi orang kot. Kemain duk sembang penyakit ain, bila orang tak nak tunjuk, duk jadi gila.”
“Parents lain pun akan marah kalau orang expose anak mereka di media sosial tanpa kebenaran. Korang ni memang jenis tak reti paham privacy orang ke? She's minding her own business tapi korang yang duk post pasal dia. sebenarnya korang tu yang attention seeker, bukan dia.”
“Tak yang korang hamak sangat nak post gambar anak orang yang she clearly tak nak reveal kenapa? What do you gain from it? Any parents pun marah kalau orang pergi expose muka anak dia if dorang sendiri tak post. Stop being stupid.”
“Tak kisah lah dia ni siapa pun bagi korang, tapi hormatilah privasi orang. Sebab dia nealofa orang buli dia bertubi-tubi. No matter what, always remember kita ni semua manusia. Kena belajar adab.”
Untuk rekod, Neelofa turut memberitahu sebelum ini yang dia dan suami akan berkongsi sendiri wajah Bilal apabila sampai masanya.
BACA: Neelofa Tersinggung Netizen Sebarkan Wajah Bilal - “Bagilah Saya Sebagai Ibu Yang Lahirkan Buat Benda Tu…”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
#Neelofa #Privasi #Bilal
;