Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kongsi Gambar Anak Persis Mangsa Perang Palestin, Kim Kardashian Teruk Dikecam Warganet

Gempak
04/11/2023 15:00 MYT
Selebriti Hollywood terkenal, Kim Kardashian mengundang rasa tidak puas hati warganet selepas memuat naik gambar anaknya dalam pakaian yang seakan-akan memperlekeh mangsa perang di Palestin.

Menerusi entri yang dibuat di Instagram, Kim berkongsi gambar anak lelakinya, Saint West dalam jersi pemain bola sepak terkenal, Neymar, yang dihiasi dengan kesan koyak dan darah.

“Saint sebagai Neymar Junior zombi,” tulis Kim di ruangan kapsyen.

Walau bagaimanapun, majoriti menyifatkan Kim sebagai seorang yang menjijikkan dan tidak sensitif dengan kanak-kanak yang terkorban di Palestin.

Antara komen yang diterima:

“Unfollow…Awak tak layak dihormati…Mentaliti menjijikkan”

“Saya hormat Kim tapi tak lagi”

“Saya tak rasa sekarang masa sesuai untuk muat naik gambar macam ni,”

Sekadar info, Kim sebelum ini pernah menunjukkan sokongan terhadap Israel selepas serangan yang berlaku 7 Oktober lalu.
#Hollywood #Kim Kardashian #Model #Artis #perang #Israel #Palestin #Gaza
;