Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kongsi Gambar Imbasan Bayi, Elisya Sandha Kini Hamil?

Izwan Isa
03/01/2022 00:50 MYT
Adakah pelakon Elisya Sandha kini sedang hamil? Hal itu yang menjadi tanda tanya peminatnya apabila adik kepada Fasha Sandha itu dilihat berkongsi potongan gambar imbasan bayi pada sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

Menerusi video yang berdurasi 11 saat itu, Elisya membawa pengikut untuk mengimbas kembali momen-momen manis sepanjang 2021 bersama suami, keluarga, dan juga rakan-rakannya.

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)


Dalam banyak-banyak gambar yang dikongsi, terpacul satu gambar yang imbasan yang mungkin memberi gambaran bahawa Elisya kini sedang berbadan dua.

Meninjau komen-komen di Instagram, ramai juga antara peminat yang perasan gambar imbasan yang dikongsi Elisya dan mengucapkan tahniah kepada pelakon itu.

“Baca di Facebook cakap nampak scan baby. Laju sangat videonya hebat sape yang perasan tu. Apa-apa tahniah semoga sentiasa sihat,” tulis seorang peminat.

“Tahniah Elisya dan seluruh keluarga. Haritu masa Elisya pergi makan nasi kandar kemudian kata lepas makan semua terkeluar balik tu dah agak dah awal mesti pregnant ni. Alhamdulillah,” kongsi seorang lagi peminat.

Dalam pada itu, ibu mentua Elisya iaitu pelakon dan penerbit Sheila Rusly turut mengucapkan alhamdulillah pada ruangan komen.

Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy iaitu anak kepada Sheila mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu.

Elisya dan Uzair berkenalan dan mengenali antara satu sama lain sejak lima tahun sebelum kedua-duanya memutuskan untuk mendirikan masjid.
#Hamil #Elisya Sandha
;