Kongsi Gambar Kurus Keding, Penyanyi Halsey Mohon Maaf
Amri Hassan
30/12/2020 03:21 MYT
30/12/2020 03:21 MYT
Penyanyi antarabangsa Halsey membuat permohonan maaf secara terbuka selepas berkongsi gambar kesan kecelaruan tabiat makan (eating disorder) terhadap dirinya sendiri.
Halsey, 25, berkongsi foto terbabit pada Isnin lalu setelah disoal peminatnya menerusi ruangan Q&A untuk menunjukkan keadaannya paling teruk.
Dalam foto terbabit Halsey memuat naik fotonya selfie separuh bogel di hadapan cermin dalam keadaan sangat kurus kesan daripada kecelaruan tabiat makan dengan kapsyen berbunyi 'TW: ED (eating disorder) ask for help'.
Justeru, Halsey dalam kenyataan terbaharu di Twitter memohon maaf atas perkongsian foto terbabit dan tidak berniat untuk mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peminat.
"Saya memohon maaf atas perkongsian foto berkenaan memaparkan saya bergelut dengan masalah kecelaruan tabiat makan.
"Saya sangat gementar untuk memuat naiknya dan tidak berfikir dengan waras. Saya punyai niat yang baik.
"Tidak pernah sekali pun untuk membuatkan orang kurang senang atau merisikokan individu lain yang berdepan situasi sama seperti saya," katanya.
Pada masa sama, Halsey memberitahu dia akan berehat seketika daripada media sosial bagi mengelakkan gangguan emosi.
"Saya akan berehat sekejap kerana perkara ini menjadi isu yang saya sendiri secara emosinya tidak mampu tangani. Harap semuanya okey," tambahnya.
Halsey atau nama sebenarnya Ashley Nicolette Frangipane pernah berkongsi mengenai masalah kecelaruan tabiat makannya itu sebelum ini.
"Ia masih berlaku pada diri saya," katanya kepada Rolling Stone.
Halsey pada masa sama turut punyai masalah kesihatan mental dan bipolar.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.