Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kongsi Gambar Mata Sembab Tak Tidur Malam Jaga Anak, Uyaina Dapat Sokongan Rakan Artis - “You Got This Mom!”

Izwan Isa
16/09/2022 03:50 MYT
Pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran telah selamat menyambut kelahiran anak pertama mereka, Raja Urhan Raja Syahiran pada Khamis minggu lalu.

Baik Uyaina mahupun Syahiran, masing-masing melahirkan rasa gembira yang tidak terhingga atas kelahiran insan yang paling ditunggu-tunggu itu.

“Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdulillah,” luah Syahiran saat mengumumkan kelahiran anakandanya tempoh hari.

Seminggu sudah berlalu, kehidupan Uyaina dan Syahiran juga ternyata sudah berubah. Bergelar ibu bapa beerti rutin juga sudah tidak seperti sedia kala.

Hal ini dikongsikan oleh Uyaina sendiri menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.

A post shared by UA (@uyainaarshad)


“As real as it can be. Betul-betul seminggu selepas bergelar ibu kepada Raja Urhan. Malam tanpa tidur, malam tanpa tidur,” tulisnya di Instagram sambil berkongsi gambar wajahnya dengan lebam di bawah mata.

Tidak hanya keseorangan, luahan rasa Uyaina itu didukung oleh respons-respons positif rakan-rakan artis yang lain.

“Been there. You got this mom! Sending hugs and love,” tulis Elisya Sandha.

“We are strong mama! We can do this!” ucap pelakon Mira Filzah pula.

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan pengikut Uyaina yang memberikan nasihat supaya mendapatkan cukup rehat sungguhpun baru menerima kelahiran cahaya mata.

“Time baby tidur, you tidur ok. Kalau tak nanti boleh ganggu emosi bila tak cukup rehat. Itu rules pertama untuk dapat rehat,” kongsi seorang netizen.

Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, di sini, pada 20 Disember 2021.

#Raja Syahiran #Uyaina Arshad
;