Usahawan dan sosialit terkenal Hollywood, Kylie Jenner menimbulkan tanda tanya apabila berkongsi foto 'throwback' bersama bekas teman lelakinya, Travis Scott di Instagram Stories baru-baru ini.

Memetik laporan HollywoodLife, perkara itu membuatkan peminat menganggap mereka kembali bercinta.

Foto 'throwback' yang dikongsi itu dipercayai diambil ketika mereka sama-sama menyaksikan perlawanan bola keranjang pada May 2017.

Walaubagaimanapun, Kylie dan Travis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hubungan mereka sekarang.

Rata-rata peminat menganggap mereka berhubung secara baik meskipun tidak lagi dilihat bermesraan di hadapan orang ramai.

"Travis dan Kylie pernah membawa Stormi ke sebuah taman pada 23 Februari lalu, namun mereka tidak pernah kelihatan bermesra di hadapan orang ramai selepas berpisah.

"Walaupun mereka tidak berpegang tangan seperti dahulu, tetapi mereka masih selesa dan bersikap posItif antara satu sama lain," tulis sumber.



Terdahulu, Kylie dan Travis menjalin cinta pada tahun 2017 dan berpisah pada Oktober tahun lalu.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Stormi Webster yang kini berusia dua tahun.

Sumber : HollywoodLife