Peminat penyanyi Nubhan mengakui terkejut apabila dia berkongsi gambar tidak berbaju menerusi entri di Instagram(IG).

Menerusi entri tersebut, Nubhan berkongsi gambar menayangkan sosok tubuhnya yang semakin sasa.

Abam terjaga di dini hari ni n abam tersnap pulak...good night ?

A post shared by NEW “SELAMAT JLN, CINTA” (@nubhan.ahamad) on


"Abam terjaga di dini hari ini dan abam tersnap pulak. Good Night," tulisnya.

Rata-rata mengakui terkejut dengan perubahan yang berlaku pada tubuhnya dan berharap aga dia dapat berkongsi tips mendapatkan bentuk badan sepertinya walaupun sudah berkahwin.





Nubhan dan isterinya, Afifah Hidayah Taufek mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 di Seremban, Negeri Sembilan.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Aafiya Kamilia berusia setahun dan isterinya kini sedang hamil anak kedua.