Penyanyi Irfan Haris seakan-akan memberi bayangan dia kini sedang melalui fasa putus cinta apabila kekasihnya bakal mengikat tali pertunangan dengan orang lain.

Irfan menerusi akaun TikTok miliknya berkongsi papara skrin mesej WhatsApp daripada seorang wanita yang berasa serba salah kerana menyakiti penyanyi itu.

“Hi I dah dengar lagu baru you… I tak boleh tidur malam tadi lepas dengar. I rasa bersalah. I’m sorry I buat you rasa macam itu, harap you maafkan I.

“I’m getting engaged this weekend dan tak nak ada any hard feelings. Take care Irfan,” kata wanita itu menerusi mesej yang dihantar.

Pada perkongsian yang sama, Irfan berkata dia terpaksa melepaskan wanita tersebut demi kebahagian orang yang dicintai.

“Tak apa la sayang, I kena reda untuk lepaskan you… walaupun I sakit sangat.

“Kadang-kadang kita kena belajar untuk lepaskan orang yang kita sayang demi kebahagian dia kan?” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Senasib Dengan Sissy Iman, Irfan Haris Minta Henti Budaya Aibkan Peserta; “Perkara Itu Buat Mental Down!”

Rata-rata netizen turut memahami apa yang dirasai adik kepada penyanyi Amira Othman itu dan berharap Irfan terus kuat.

“Betul, lepaskan demi kebahagiaan dia. Kemudian kita akan dapat bahagia kita. Sakit tapi we cant hold on the pain anymore, nanti lagi sakit. Just let it go.

“Artis pun kena tinggal, inikan pula kita yang biasa-biasa tak ada siapa pandang ni. Dia sekurang-kurangnya ada peminatnya. Kita?

“Hurmm betul tu, melepaskan lebih baik walaupun hakikatnya menyakitkan,” komen beberapa netizen.