Setelah hampir setengah tahun menyepi dari laman sosial, akhirnya adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Nur Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) kembali mengubat rindu pengikutnya.

Ameera atau mesra disapa sebagai LMK turut memuat naik foto dan video ketika dia menunaikan umrah serta sambutan ulang tahun kelahiran yang ke 22 tahun di Dubai menerusi Instagram miliknya.

Menerusi ruang komen di perkongsian itu, Neelofa yang juga isteri kepada pendakwah Haris Ismail atau PU Riz turut berseloroh mengatakan akhirnya dia tidak perlu lagi menjawab pertanyaan media mengenai adiknya itu.

“Happy birthday baby. Dan akhirnya tak payah nak jawab dah bila media tanya,” komen Neelofa dengan bersertakan emoji ketawa.

Rata-rata rakan selebriti dan netizen turut mengucapkan selamat hari lahir selain teruja dengan perkongsian LMK selepas lima bulan mendiamkan diri dari laman sosial.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen yang tetap mendoakan agar LMK yang juga seorang usahawan itu terus kekal istiqamah dalam menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

“Ingatkan buat comeback dah versi muslimah. Tapi tak apa la, doa yang baik-baik saja untuk baby (LMK). Semoga kekal istiqamah.

“Kejap buka, kejap pakai, dia macam tu la. Waktu dia nak buka tu dia senyap lama dulu… hm kita love awak tapi sedih la macam ni,” komen netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.