Kongsi Nama Anak Sulung, Kaka Azraff & Suami Pilih Aslan

Zulaikha Yusof
Oktober 16, 2019 03:51 MYT
Suami kepada penyanyi Kaka Azraff, Adam Azriff telah mendedahkan nama yang diberi kepada anak sulung mereka.
Perkara itu dikongsikan oleh Adam menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.
Pengumuman nama anak Kaka dan Adam itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Aslan.
Ada juga yang mendoakan kesihatan anaknya dan berharap agar Aslan menjadi seorang anak yang baik pada kedua ibu bapanya.
Kaka telah selamat melahirkan Aslan pada Jumaat lalu di sebuah hospital swasta.
Untuk rekod, Kaka dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.
#Anak #Kaka Azraff #Kaka Azraff #Aslan