Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Kongsi Nombor Telefon Peribadi, Nabila Razali Terima Lebih 33,000 Mesej Di WhatsApp

ZULHILMI JALIL 20/04/2020 | 04:23 MYT

Pelakon dan penyanyi Nabila Razali menerima lebih 33,000 mesej di WhatsApp dalam tempoh beberapa jam selepas berkongsi nombor telefon peribadinya kepada peminat.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, 28, berkata, notifikasi pesanan yang diterima tanpa henti itu menyebabkan dia sukar untuk membalas setiap mesej.
"Korang tak percayakan saya beri nombor peribadi saya. Tengok ni apa yang berlaku di telefon saya. Panggilan dan mesej tanpa henti masuk.
"Korang ni sabarlah sikit. Macam mana saya nak balas kalau keadaan macam ni, mahu meletop sampai kan WhatsApp jadi sangkut...tapi saya sayang awak semua," kongsinya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

MATILA NAKKK!!! ??? #PELUANGKEDUA #HENFONMELETOP

A post shared by Second Chance ? (@nabila.razali) on

Dalam posting tersebut, Nabila berkongsi video yang memaparkan bukti dia menerima mesej tanpa henti daripada peminatnya.
"Saya nak kongsi sikit apa yang korang buat kat saya, banyaknya, 33,000 perbualan korang. Saya nak sangat balas, tapi macam mana kalau begini?," luahnya.

33K!!! ??? Lepas raya nnt pun belum tentu habis reply semua niii ? Apa kata 33K tu pegi SUBSCRIBE kat youtube Bella skrg. Tekan link kat bio tu pastu subscribe ok? Sapa yg subscribe Bella SAYANG dia lebih sikit! ??? #PELUANGKEDUA

A post shared by Second Chance ? (@nabila.razali) on

Terdahulu, Nabila bertindak berkongsi nombor telefon peribadinya selepas single terbaharu Peluang Kedua mencecah 1 juta tontonan di Youtube.
Nabila berbuat demikian sebagai mengotakan janjinya sekiranya angka tersebut berjaya diperoleh dalam tempoh yang singkat.
BACA: “Saya Akan Bagi Nombor Telefon Peribadi Jika…..” - Nabila Razali
Apapun, saksikan drama lakonan Nabila Razali di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Pada masa sama, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Nabila Razali #Peluang Kedua #Nombor telefon
;